20 MAC: Sebanyak 871 kluster telah ditamatkan termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini.
Kluster tersebut adalah Kluster Jalan Pasar, Kluster Jalan Bakawali Ramun, Kluster Kampung Hala, Kluster Jalan Tanjung Enam, Kluster Jalan Wawasan 14, dan Kluster Jalan Perusahaan Satu.
Selain itu, Kluster Jalan Kuchai, Kluster Tapak Bina Seksyen Satu, Kluster Tapak Bina Persiaran Sepang, dan Kluster Jalan Kewajipan turut ditamatkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kluster aktif kini adalah 421 kluster.
“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini 53 kluster.
“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster DTI Juru (206), Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (134 kes), dan Kluster Perindustrian Pekan Nanas (39 kes), ” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu terdapat empat kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan dia kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster melibatkan komuniti.
“Kluster tersebut adalah Teluk Air Tawar, Pulau Pinang; Perindustrian Pekan Nanas, Johor, Tanjung Genting, Sarawak dan Pulau Pisang di Perak,” katanya.
Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Noor Hisham memaklumkan Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 652 kes.
Daripada jumlah ini, beliau berkata sebanyak 496 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
“Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 328 kes dan Sarawak sebanyak 154 kes. Sebanyak 236 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Juru (206 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Tembok Tapah (3 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).
“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua kes di Selangor dan masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Kedah. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH