nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Arah kakitangan diplomatik Korea Utara pulang, tindakan wajar dan rasional

20 MAC: Keputusan tegas Kerajaan mengambil langkah ‘menghantar pulang’ kakitangan dan ahli keluarga diplomatik Korea Utara selepas negara itu memutuskan hubungan dengan Malaysia merupakan tindakan yang rasional dan wajar dilakukan.

Penganalisis Politik, Abdul Muein Abadi berkata, ini perlu kerana mampu menjadi peringatan kepada ejen-ejen asing lain yang cuba menjadikan negara ini sebagai transit penggubahan wang haram atau penyeludupan yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berpandangan Korea Utara mengambil langkah drastik tersebut disebabkan realiti ekonomi politik negara itu yang terlalu kritikal susulan sekatan PBB ke atas usaha Pyongyang membangunkan senjata nuklear.

“Berbeza dengan China, Vietnam, mahu pun Cuba, sistem ekonomi politik Komunis Korea Utara terlalu tertutup, tidak mesra modal asing, dan menjadikan keluarga Kim sebagai dinasti.

“Maka Kim Jong Un (Pemimpin Korea Utara) sebagai pewaris generasi ketiga terdesak untuk mengekalkan pengaruh dalam persekitaran para jeneral yang lebih senior; selain daripada pembunuhan politik, wang dan sumber-sumber menjadi alat penting untuk beliau mengekalkan pengaruh dan kuasa.

“Tentulah kita terkilan dengan tindakan tergesa-gesa Korea Utara ini yang tidak menghargai fakta bahawa Malaysia ialah antara negara terawal yang mengiktiraf kewujudan mereka sebagai sebuah negara berdaulat serta memiliki pelbagai kerjasama rapat sejak 1973 lagi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semalam, Kerajaan mengarahkan semua kakitangan diplomatik dan ahli keluarga mereka di Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam mulai hari ini.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, tindakan itu diambil kerajaan selepas Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, ekoran seorang rakyatnya yang menetap di negara ini, Mun Chol Myong, diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Dalam pada itu, Abdul Muein yang merupakan Penyelidik PhD Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda, memberitahu sekatan PBB yang cukup membebankan rakyat serta pemimpin Korea Utara memerlukan dana pasaran gelap dari luar negara sebagai sumber kelangsungan rejim beliau.

Oleh itu, beliau berkata sebarang tindakan ke atas ejen Korea Utara yang terlibat dengan ‘penggubahan wang’ serta ‘penyeludupan barangan mewah’ dari luar negara akan benar-benar memberi kesan kepada kestabilan rejim Kim Jong-un yang bergantung kepada dana sedemikian untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa domestik.

“Anda boleh tonton filem ‘The Spy Gone North’ (2018) berdasarkan kisah benar untuk memahami betapa pentingnya modus operandi penggubahan wang serta penyeludupan barangan mewah ini kepada keberlangsungan dinasti Kim di Korea Utara serta peranan China.

“Disebabkan hal ini, Korea Utara turut menuduh Malaysia sebagai sanggup ‘menawarkan rakyat Korea Utara sebagai korban kepada Amerika Syarikat’ lalu mengumumkan bertindak menutup operasi kedutaan mereka di Malaysia.

“Hakikatnya, Mahkamah Malaysia membuat keputusan tersebut berdasarkan bukti warga Korea Utara itu iaitu Mun Chol Myong yang menyeludup barangan mewah larangan dari Singapura ke Korea Utara serta penggubahan wang haram yang melanggar sekatan PBB ke atas negara Komunis berkuasa nuklear itu sejak 2008, “katanya.

Sementara itu, Abdul Muein yang juga seorang Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan Korea Utara juga berkemungkinan besar tidak akan melancarkan peluru berpandu nuklear ICBM milik Korea Utara ke Malaysia.

Tambahnya, ini kerana langkah sedemikian bukan sahaja akan mengasingkan rejim Kim dengan lebih dahsyat daripada komuniti antarabangsa, bahkan bakal membawa kepada tindak balas kuasa besar lain yang turut memiliki kepentingan strategik di negara kita: termasuklah kedua-dua Amerika dan China.

“Lokasi negara kita yang strategik antara Lautan Hindi, Selat Melaka, serta Laut China Selatan yang membekalkan lebih 80 peratus import tenaga kepada China yang belum diambil kira projek mega mereka di sini seperti ECRL.

“Ini juga beserta dengan kepentingan Indo-Pasifik Amerika Syarikat yang memiliki sekutu rapat Singapura jiran kita, bakal menjamin negara kita terpelihara daripada sebarang serangan ketenteraan Korea Utara, InsyaALLAH, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.