nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wanita PKR NS dakwa dianak tirikan pimpinan negeri

21 MAC: Wanita PKR Negeri Sembilan (NS) mendedahkan parti itu di peringkat pusat lebih mengutamakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah naugan rakan sekutu Pakatan Harapan (PH) berbanding jentera parti sendiri yang amat memerlukan dana untuk melakukan aktiviti dan menggerakkan jentera.

Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Amni Idris berkata ini dibuktikan dengan peruntukan yang diterima oleh Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) yang menerima RM500, 000 daripada kerajaan negeri.

Beliau turut terkilan dan mempersoalkan adakah ‘kasih sayang’ pemimpin negeri terhadap akar umbi ibarat kasih yang bertompok-tompok.

AMNI

“Tidakkah mereka sedar Wanita Keadilan Negeri Sembilan juga telah bekerja keras, mengetuk rumah pengundi memenangkan PH di negeri ini hingga mampu memerintah negeri bertuah ini selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14).

“Adakah kemenangan ini telah melalaikan? Adakah kemenangan ini juga mengkhayalkan hingga ada kalangan pemimpin yang dahulunya diangkat oleh akar umbi untuk menjadi pemimpin negeri kini tidak lagi pandai mengenang budi apatah mahu mengerti erti budi insan-insan refomis, pengerak dan pejuang parti,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh ketika lawatan kerja pusat Wanita parti itu di Dewan Gadek Hotel MITC, Melaka, hari ini.

Dalam pada itu, Amni juga dilihat tidak takut untuk menghentak parti di hadapan Fuziah apabila menyatakan Majlis Pimpinan Negeri PKR bersifat kedekut dan berkira dengan Keadilan Wanita di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, cabaran dan kekangan pihaknya adalah sokongan dana yang amat tidak berpadanan dengan aktiviti serta gerak kerja yang telah kami rancang dan siap sedia untuk dilaksanakan.

“Untuk makluman, saya dan pasukan Wanita Keadilan Negeri Sembilan sudah lelah berdiskusi , secara hati ke hati sama ada dalam pertemuan tertutup, secara bertentang mata, aplikasi WhatsApp, panggilan telefon dan disusuli dengan surat rasmi. Berkaitan isu kekeringan dana.

“Semua tindakan ini telah saya dan pasukan lakukan secara berhemah dengan semangat kekeluarga. Termasuklah menyantuni di pejabat serta kunjung hormat. Demi Wanita Keadilan Negeri saya sendiri sanggup tebalkan muka, teguhkan hati tingkatkan kesabaran serta keimanan.

“Terus menanti walaupun diri terasa bagaikan pengemis. Dipinggirkan dalam rumah sendiri oleh pemimpin negeri. Susah benar ke untuk menyalurkan dana kepada kami hingga ada kalangan wanita-wanita kami telah pudar semangat,” katanya.

Sementara itu, Amni turut mendedahkan walaupun PH memerintah menjadi kerajaan di Negeri Sembilan namun akar umbi khususnya Wanita PKR seperti ‘dianak tirikan’.

“Jangan ingat PH memerintah Wanita Keadilan Negeri Sembilan dibelai dan dimanja, sebaliknya kami kerap diperlekehkan, diperkecilkan dengan pelbagai gelaran termasuk dikatakan syok sendiri dan lemau,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.