nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan jamin hapus jurang perbezaan pembangunan di Sabah

22 Mac : Kerajaan Persekutuan menyatakan komitmen akan memberi kerjasama yang erat bersama kerajaan negeri Sabah dalam memacu kepada pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik di negeri ini.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kerajaan di bawah Perikatan Nasional (PN) menyedari akan jurang perbezaan dalam aspek pembangunan di Sabah berbanding negeri lain di negara ini.

RONALD KIANDEE

“Kerajaan negeri kini seiring dengan Kerajaan Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kerajaan negeri Sabah diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor telah memberi harapan baru terhadap agenda pembangunan Sabah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 di Kota Kinabalu, hari ini, menyatakan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk merapatkan jurang sosio ekonomi di Sabah berbanding negeri lain di negara ini dalam tempoh 10 tahun.

Muhyiddin berkata perkara itu penting bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati pembangunan yang adil dan saksama berdasarkan konsep ‘Kemakmuran Bersama’ atau ‘shared prosperity’.

Tambah Perdana Menteri, WKB 2030 berhasrat mewujudkan sebuah negara yang maju, makmur dan bersatu padu dengan segala hasil kemakmurannya dikongsi secara adil oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kumpulan pendapatan, etnik dan wilayah.

Dalam pada itu, Ronald yang Menteri Pertanian dan Industri Makanan memberitahu pembentukan kerajaan negeri dibawah GRS adalah satu aspirasi rakyat Sabah yang mahu melihat lebih banyak pembangunan dilaksanakan.

“Saya yakin perancangan yang dilakarkan oleh kerajaan negeri akan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi, seterusnya membuka peluang pekerjaan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.