nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakyat Korea Utara diekstradisi ke AS didakwa 6 tuduhan pengubahan wang haram

23 MAC: Rakyat Korea Utara yang diekstradisi dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, didakwa di Mahkamah Persekutuan negara itu terhadap tuduhan pengubahan wang haram.

Menurut kenyataan Jabatan Keadilan AS (DOJ) memaklumkan, ahli perniagaan lelaki itu, Mun Chol Myong, 55, yang hadir buat kali pertama di Mahkamah Persekutuan, semalam, didakwa terhadap enam tuduhan pengubahan wang haram membabitkan transaksi bernilai lebih AS$1.5 juta (RM6.17 juta).

DOJ berkata, Chol Myong adalah rakyat Korea Utara pertama diekstradisi ke AS.

“Beliau tidak diekstradisi oleh Korea Utara, tetapi dibawa ke AS oleh satu ‘negara asing’ yang menjadi lokasi beliau ditahan sejak Mei 2019,” katanya.

DOJ tidak menyatakan negara terbabit, namun Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan menutup kedutaannya pada Ahad sebagai membantah ekstradisi Chol Myong.

Pyongyang menyifatkan ekstradisi dilakukan Malaysia itu sebagai ‘jenayah yang tidak boleh dimaafkan’ dan mendakwa ia dilaksanakan ‘dengan membuta tuli’ di bawah tekanan AS.

DOJ berkata, Chol Myong didakwa melakukan pengubahan wang haram menerusi sistem kewangan AS antara April 2013 dan November 2018 untuk menyediakan barangan mewah kepada Korea Utara.

Sementara itu, Penolong Peguam Negara AS, John Demers berkata, tuduhan berkenaan menyatakan Chol Myong menipu bank dan mengubah wang.

Perbuatan itu, katanya, bagi mengelak sekatan kawalan senjata nuklear dikenakan AS terhadap Korea Utara dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kita akan terus menggunakan undang-undang untuk melindungi rakyat AS daripada tindakan mengelak daripada sekatan dan ancaman keselamatan lain,” katanya.

Seorang ejen FBI, Alan Kohler berkata, antara cabaran perisikan balas agensi itu adalah membawa defendan negara luar ke muka pengadilan, khususnya dalam kes Korea Utara.

“Hasil kerjasama FBI dengan pihak berkuasa luar, kami berjaya membawa Chol Myong ke AS untuk berdepan keadilan, dan berharap lebih ramai akan menyusul selepas ini,” katanya.

Pertuduhan itu mendakwa Chol Myong bekerjasama dengan agensi perisikan utama Korea Utara, Biro Perisikan Awam (RGB).

Malaysia adalah antara sekutu Pyongyang, namun hubungan diplomatik kedua-dua negara mula tegang susulan pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, iaitu Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2017.

Selepas Pyongyang memutuskan hubungan disebabkan kes Chol Myong, Malaysia memberi tempoh 48 jam kepada pegawai diplomatik dan tanggungan mereka Korea Utara untuk keluar dari negara ini.

Bendera dan plak Korea Utara di kedutaan negara itu di Kuala Lumpur diturunkan pada Ahad dan pagarnya dirantai.

Malaysia menempelak langkah Pyongyang dan mengumumkan penutupan kedutaan negara ini di Korea Utara yang operasinya digantung sejak pembunuhan abang tiri Jong Un.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.