nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Trak polis terbakar, seorang maut digilis

23 MAC: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah trak polis ‘Black Maria’ yang membawa sembilan anggota dan 29 banduan yang dalam perjalanan ke Pusat Tahanan Kuarantin COVID-19 Kuala Krai di Demit, Kota Bahru, Kelantan, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat berkata, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu,  Muhammad Khalis Mifzal Mohd Kamal, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC merempuh sebuah kereta Proton Saga dan hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.

Menurut beliau, ketika kejadian, trak berkenaan bersama sebuah lagi Black Maria lain yang membawa 31 lagi banduan bersama dua kereta pengiring berkonvoi dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menuju Pusat Kuarantin Covid-19 di Batu Jong, Kuala Krai.

“Mangsa pula menunggang motosikal dari arah Kubang Kerian ke Pengkalan Chepa untuk ke latihan kelas memandu. Tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai terlanggar belakang sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang wanita.

“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah Black Maria yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu Black Maria itu menekan brek sejauh kira-kira 50 meter dan tidak sempat mengelak lalu tergilis mangsa manakala motosikal terperosok ke bawah trak,” katanya kepada media ketika melawat tempat kejadian, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Khalis memberitahu pergeselan trak dan motosikal mengakibatkan dua kenderaan itu terbakar.

“Polis dari kenderaan pengiring yang menyedari kemalangan dan melihat api segera menyelamatkan 29 banduan tersebut naik ke sebuah lagi Black Maria yang turut berhenti.

“Kesemua banduan itu kini ditempatkan sementara di Balai Polis Kubang Kerian manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

“Pemandu kereta Proton Saga pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes kini disiasat mengikut Siasatan 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Mohd Fakri Mazlan berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran Black Maria berkenaan pada jam 9.24 pagi.

“Tujuh anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi dan berjaya memadamkan api sepenuhnya dalam tempoh 10 minit,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.