25 MAC: Seramai 7,072 daripada 153,668 individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lalu, masih menjalani kuarantin wajib.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 1,135 individu pula dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala 145,461 dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
“Sebelum itu, mereka ditempatkan di 75 hotel dan sembilan institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan harian laporan COVID-19, hari ini..
Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melakukan pemeriksaan di 26 tapak pembinaan di seluruh negara, semalam.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati kesemua tapak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Penguat kuasa CIDB melaksanakan 16,348 pemeriksaan membabitkan 9, 250 tapak binaan di seluruh negara antara 20 April hingga semalam,” katanya.
Mengenai barang keperluan asas, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas membuat 742 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan.
“Semua yang dipantau itu terdiri daripada 557 peruncit,153 pemborong dan 32 pengilang. KPDNHEP juga telah melakukan 2,181 pemeriksaan khas dan hasil pemeriksaan itu, semua premis didapati mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP),” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan seramai 2,890 warga asing di negara ini menjalani ujian saringan semalam dengan lima individu disahkan positif COVID-19.
Menurut beliau, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan sehingga semalam, seramai 651,081 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan COVID-19 yang membabitkan 33,781 majikan di seluruh negara.
“Daripada jumlah itu, seramai 10,034 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 641,047 lagi adalah negatif dan hingga kini, sebanyak 1,534 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini,” katanya.
Mengenai task force operasi pematuhan, beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 41 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP)
Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 28 individu dikompaun manakala 13 orang pula direman.
“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (24), tidak memakai pelitup muka (7), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (5), tiada penjarakan fizikal (2) dan ain-lain (3),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH