25 MAC : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat, yang dijangka berterusan di beberapa kawasan di Pahang sehingga esok.
MetMalaysia dalam satu kenyataan, memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin.
Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga esok turut dikeluarkan bagi beberapa negeri termasuk Terengganu (Kemaman), Pahang (Maran) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi).