26 MAC : Mexico menjadi negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan Brazil yang melepasi 200,000 kematian akibat COVID-19 semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan negara itu kadar kematian di Brazil akibat pandemik COVID-19 kini mencecah 200,211 mangsa.
Hugo Lopez-Gatell, pakar COVID-19 Mexico memberi amaran mengenai risiko jangkitan baharu selepas cuti sambutan Easter pada awal April ini.
Peningkatan kematian ini adalah berita buruk bagi negara tersebut yang menyaksikan pengurangan kes jangkitan dan kematian hanya beberapa minggu lalu, namun kemudiannya disusuli peningkatan kes jangkitan yang ketara pada Januari lalu, sehingga menyebabkan operasi kebanyakan hospital hampir lumpuh.
Angka kematian sebenar dikhuatiri mungkin lebih tinggi kerana jumlah ujian yang dijalankan di Mexico agak terhad.
Mexico memulakan kempen vaksinasi besar-besaran pada 24 Disember lalu tetapi memerlukan lebih banyak dos vaksin.
Setakat ini, hanya 6.1 juta suntikan berjaya dilakukan di negara dengan 126 juta penduduk itu.