26 MAC : Dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Guru, Kuantan bermula tengah malam tadi yang tular di media sosial adalah berita palsu dan tidak benar.
Justeru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang meminta orang ramai memastikan fakta yang betul sebelum berkongsi maklumat bagi mengelakkan tercetus keadaan panik dan salah faham dalam masyarakat.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, malah kandungan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang uar-uarkan itu tidak tepat.
“Tarikh dinyatakan perlaksanaan PKPD Di Taman Guru 26 Mac hari ini tidak betul
“Adalah baik dan selayaknya Menteri Pertahanan mengumumkan jika berlakunya PKPD di Taman Guru,” katanya, hari ini
Terdahulu, tular di Facebook sejak malam tadi bahawa Taman Guru akan dikenakan PKPD berikutan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak daripada Kluster Gambang sejak kelmarin.
Selain itu, hasil carian PN BBC Portal mendapati tersebar gambar di sekitar kawasan Taman Guru di mana semua laluan telah ditusup hanya satu laluan sahaja dibenarkan masuk yang kini dikawal oleh pihak berkuasa.