nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KJ, Pemuda PAS kecewa SPR tunda pelaksanaan Undi-18

26 MAC: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengkritik keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menunda pelaksanaan Undi18 yang dijadualkan bermula pada Julai depan ke September tahun hadapan.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata, alasan bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) menjejaskan perancangan dan persiapan SPR adalah tidak munasabah memandangkan ia sudah dilaksanakan sejak lebih setahun lalu.

“Malah jawapan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Dewan Rakyat pada November tahun lalu juga masih mengekalkan sasaran Julai 2021 bagi pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik ini.

“Tidak sampai lima bulan selepas jawapan di Dewan Rakyat ini dikeluarkan, SPR secara tidak semena-mena mengumumkan penangguhan pelaksanaannya kepada lebih satu tahun, iaitu September 2022 berbanding Julai 2021,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kenyataan terbaharu SPR itu juga bercanggah dengan kenyataan pengerusi SPR pada 7 Jun tahun lalu yang menyebut bahawa persiapan pelaksanaan dasar Undi18 dan pendaftaran automatik, termasuk pindaan undang-undang serta peraturan pilihan raya sedia ada serta penyediaan sistem dan infrastruktur akan diselesaikan pada Julai 2021.

“Harus diingatkan, kenyataan SPR pada tahun lalu ini hanyalah ulangan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, mendiang V K Liew pada Oktober 2019 yang menetapkan sasaran sama iaitu Julai 2021 sebagai permulaan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik,” katanya.

Menurutnya, kenyataan SPR berkenaan gerak kerja bagi tujuan libat urus dengan parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) juga menimbulkan tanda tanya.

Beliau berkata, SPR perlu memberi penjelasan lanjut berkenaan program libat urus itu memandangkan ia sudah dipersetujui di Parlimen.

“Proses libat urus juga sepatutnya boleh berlangsung sepanjang masa tanpa sedikit pun perlu menjejaskan tempoh masa yang diumumkan sebelum ini.

“Penurunan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta pendaftaran automatik bukanlah hasrat kerajaan terdahulu semata-mata.

“Malah ia mendapat persetujuan kesemua parti politik termasuklah menerusi Ahli Dewan Rakyat yang membuat pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan sokongan dua pertiga majoriti dewan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi 18 tahun secara automatik dijangka ditangguhkan sehingga selepas September 2022.

Abdul Ghani berkata, sekatan pergerakan yang dilaksanakan susulan pandemik Coid-19 mengganggu persiapan SPR untuk melaksanakan dasar itu, yang diluluskan oleh Parlimen pada Julai 2019.

Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan RUU bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan had umur calon bertanding kepada 18 tahun pada 16 Julai 2019.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin pula melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan SPR menunda pelaksanaan Undi-18 dan pendaftaran pengundi secara automatik.

Khairil Nizam Khirudin


“Pemuda PAS konsisten dengan pendirian bahawa Undi18 mesti dilaksanakan bersama pendaftaran pemilih automatik mengikut garis masa yang dirancang. 

“Pemuda PAS menawarkan diri untuk menghulurkan kerjasama dengan semua agensi kerajaan yang terlibat bagi memastikan persediaan menyeluruh dalam mempercepatkan proses ini,” katanya. 

Berikutan itu Khairil Nizam berkata, adalah besar harapan buat pemuda PAS supaya semua anak muda berusia 18 tahun ke atas dapat menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai pemilih dalam pilihanraya umum akan datang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.