nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perpaduan ummah perlu dilihat dari konteks lebih besar

27 MAC: Boleh berlaku perpecahan di dalam muafakat perpaduan ummah jika konsep perpaduan bangsa Melayu itu ditafsirkan dalam konteks politik semata-mata. 

Justeru, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, janganlah menafsir perpaduan ummah itu, tidak lebih dari sekadar parti-parti Melayu duduk bersama dalam sebuah perikatan politik sahaja, yang mana tafsiran sebegini merupakan tafsiran yang sangat cetek.

Ini kerana, menurut beliau, jumlah orang Melayu yang diwakili oleh kedua-dua parti besar Melayu sebenarnya hanyalah dalam lingkungan 4 juta sahaja.

“Sedangkan, berbelas-belas juta lagi orang Melayu di luar sana yang tidak berparti, tidak menyertai UMNO dan PAS, apatah lagi PPBM. Namun mereka membentuk sebahagian besar ummah yang kita sebut-sebutkan ini.

“Jadi, seruan kepada perpaduan ummah mestilah dibaca dalam konteks yang lebih besar. Ia mesti benar-benar bertujuan menyatukan semua orang Melayu. Merentas ideologi politik, merentas kepentingan kuasa dan merentas status sosial.

“Ia mesti menjangkaui laba politik dan tidak menjadi sekadar strategi untuk menang dalam pilihanraya. Sedangkan nasib dan masa depan ummah belum tentu akan dipedulikan selepas itu,” katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Wanita, Pemuda, Puteri UMNO di PWTC, hari ini.

Justeru, Mohamad menegaskan ebagai gerakan yang telah lama memperjuangkan orang Melayu, iltizam UMNO terhadap kepentingan ummah jangan sesekali dipersoalkan.

“UMNO telah lama merintis kesepakatan bangsa Melayu, merentas parti dan ideologi, semasa menentang Malayan Union. UMNO telah terlebih dahulu menggembleng pelbagai usaha mengumpul dana, sokongan dan bantuan orang Melayu, Cina dan India bagi merunding dan menuntut kemerdekaan.

“UMNO memeta, jalan perpaduan pelbagai pihak dan kaum, selepas berlakunya peristiwa 13 Mei dan memulihkan semula kestabilan politik di Malaysia,” katanya.

“UMNO ini adalah jalan yang kita pilih dengan penuh sedar. Kita tidak dipaksa oleh sesiapa. Dan kita tidak memaksa sesiapa. Jadi, di tangan kitalah segala-galanya terletak. Cuma, bersedialah. Jalan kita di hadapan pasti berliku. Akan ada ranjau, akan ada yang menghalang dan mengacau.

“Akan ada ujian, akan ada kejian. Akan ada musuh dalam selimut. Akan ada gula menjerat semut.Inilah yang dinamakan sunnah berjuang.

Kita jangan gentar. Tidak ada ikhtiar dan niat baik yang tewas pada kebatilan. Tidak ada usaha besar untuk bangsa dan agama yang berakhir dengan kegagalan,” katanya.  – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.