nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Survival UMNO penting demi Islam dan bangsa Melayu -Noraini

27 MAC: UMNO harus memikirkan kelangsungan atau survival parti demi mempertahankan agenda Melayu  dan agama Islam di negara ini di samping tanggungjawab yang besar untuk meluruskan kembali jalur politik negara.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, jalur politik ini penting,  ruang itu harus digunakan untuk UMNO bangkit kembali diterima rakyat di samping parti komponen Barisan Nasional (BN) dan dan Friends of BN tetap setia.

“Walaupun UMNO dahulunya tewas ketika PRU-14 yang lalu tetapi hubungan bersama PAS yang dahulunya tidak sehaluan kembali pulih setelah penyatuan ummah digerakkan. UMNO tidak pernah terkubur, apatah lagi dikatakan lemah sehingga dilihat boleh diperguna serta diperkotak-katikkan sesuka hati.

“Jalur ini umpama benang yang basah. Bukan mudah untuk dilentur lurus tetapi tiada yang mustahil. Kalau kita cekal berusaha, jalur politik ini akan kembali kepada asasnya – asas yang disantuni oleh pejuang-pejuang yang telah memimpin negara ini terbina dengan gemilangnya. 

“Pemimpin-pemimpin ini bukanlah datang dari luar tetapi mereka lahir daripada parti yang menjadi azimat sejak sekian lama,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Sayap Pergerakan Wanita UMNO di PWTC, hari ini.

Justeru, Noraini menegaskan Wanita UMNO mahukan kepimpinan parti untuk terus tegas dalam memastikan parti ini kembali memimpin namun bukan kerana kuasa atau kerusi tetapi parti keramat Melayu itu perlu mendominasi untuk kesejahteraan rakyat.

“Bukan kerana kuasa, bukan kerana kerusi. Tetapi, parti keramat ini perlu mendominasi, untuk kesejahteraan rakyat, yang sekian lama telah terbukti. Jangan sesekali, benarkan kerusi yang penat jerih wanita dan jentera parti menangi, diberikan lagi kepada pengkhianat yang telah lompat parti!

“Parti UMNO ini seperti dara pingitan, ramai yang mencuit, ramai juga yang mengenyit. Tapi ingat! Saya ingin tegaskan, UMNO hanya akan menerima dan bekerjasama dengan mereka yang boleh menerima falsafah dan perjuangan parti keramat ini.

“Justeru, berbekalkan jiwa yang utuh, semangat yang jitu, istaqamah kepada perjuangan yang satu, Wanita UMNO akan terus memberi kepercayaan kepada Presiden parti dan Ahli Majlis Kerja tertinggi UMNO untuk meneliti, mengkaji dan membuat keputusan politik yang terbaik demi memastikan UMNO kembali menjadi pilihan rakyat dan pengundi.

Sementara itu, Noraini turut mengingatkan sudah tiada masa lagi untuk berbalah kerana merebutkan jawatan serta mensabotaj perjalanan parti dan perkara ini perlu dihentikan kerana apa gunanya ketika pemilihan parti menang namun semakin hilang auranya di hati rakyat khususnya kepada ahli-ahlin akar umbi.

Beliau percaya ini merupakan Perhimpunan Agung UMNO terakhir  sebelum berhadapan PRU15 kerana ini adalah satu pertempuran yang sangat penting seolah-olah mengambil kekuataan pembangkang kerana perlu bersedia dari segi mental bahawa UMNO berhadapan dengan keadaan yang serba kekurangan, dan terhad dalam pilihan raya akan datang.

“Namun, itu semua bukan penghalang untuk kita mencapai kemenangan dalam PRU15. Kita mempunyai jentera yang mantap, JR dan Skuad Sayang yang akan meneruskan legasinya, dan Insya-Allah saya percaya sejak kekalahan kita pada PRU yang lalu, Wanita sudah memperbaiki gerak kerja dan modus operandinya dan kesilapan lalu kita telah perbaiki bersama di pelbagai siri PRK yang telah kita menang, bergaya.

“Bersama-sama saya, kita bergerak maju menuju ke hadapan. Di pentas hari ini kita bersatu, berbincang dan bermuhasabah…membina pasak perjuangan, menguatkan benteng pertahanan, mengukuh lagi strategi serangan. Kita rangka, kita susun langkah sebaiknya, agar akar yang wujud ini, bisa meresap, dan menatijahkan kejayaan,” katanya.  – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.