nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BERSATU Johor kecewa dengan kenyataan Hasni

29 MAC: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mempengerusikan Mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) Johor pada esok dan lusa bagi menentukan hala tuju kerjasama mereka dengan UMNO Johor.

Ketua Bahagian BERSATU Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian, berkata kedua-dua mesyuarat dipengerusikan Muhyiddin yang PN dan Bersatu Johor akan memberi tumpuan kepada agenda menentukan hala tuju kerjasama dengan UMNO Johor.

Beliau berkata, menyuarat berkenaan perlu berikutan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) semalam, yang memutuskan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15.

Katanya, keputusan itu dilihat bukan sahaja menghina Muhyiddin selaku Perdana Menteri malah memperkecilkan BERSATU, yang memberi sokongan kepadanya bagi menubuhkan kerajaan Johor, tahun lalu.

“Mesyuarat BERSATU Johor dijadual berlangsung malam esok akan disertai 26 ketua bahagian, manakala mesyuarat PN Johor pula lusa. Namun kedua-duanya akan dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Keputusan sama ada kerjasama dengan UMNO Johor akan diteruskan akan ditentukan kepemimpinan selepas selesai kedua mesyuarat berkenaan.

“Kami ahli akar umbi BERSATU Johor sangat kecewa dengan kenyataan terbuka Hasni yang bukan sahaja tidak beralas terhadap Muhyiddin malah penuh keegoan.

“UMNO Johor mungkin terlupa dengan sokongan BERSATU Johor yang membolehkan parti itu dapat menubuhkan kerajaan negeri. Esok-esok, jangan datang mengemis simpati dan melutut lagi pada kami, macam dia buat dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad ketika berucap di PAU 2020 semalam, berkata UMNO Johor perlu diberi autonomi untuk menentukan strategi bagi menghadapi pilihan raya di negeri itu.

Hasni dilaporkan berkata, biarpun UMNO Johor sebelum ini bercadang memberi laluan kepada Muhyiddin untuk terus bertanding di Pagoh, berkata, sokongan terhadap Perdana Menteri jauh lebih rendah berbanding sokongan terhadap UMNO.

Untuk rekod terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkininya adalah UMNO dan DAP masing-masing 14, BERSATU (12), MIC (dua), PAS (satu) sementara AMANAH (sembilan) dan PKR pula (empat).

 Bagaimanapun, kerajaan negeri Johor memiliki majoriti tipis dengan 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.

Mengulas lanjut, Osman berkata, keegoan UMNO Johor yang membuat kenyataan terbuka yang tidak beralas serta menghina itu akhirnya memecahkan tembelang yang lama disimpan parti itu.

“Saya nak tanya apa sebenarnya yang sudah dia capai sejak setahun menjadi Menteri Besar.

“Jika UMNO Johor mendabik dada mengatakan parti itu paling kuat, mengapa kawasan Pulai Sebatang di Pontian yang dia sebagai Ketua Bahagian UMNO boleh tewas pada PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) selain banyak lagi kerusi yang tewas dengan majoriti besar di Johor, ” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.