29 MAC : Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor berkata, keputusan berhubung penyertaan Parti Liberal Demokratik (LDP) untuk menyertai PN akan dipertimbangkan sebaik mungkin.
Menurut Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, apa yang paling penting sekarang aialah agenda PN serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyatukan rakyat melalui parti yang menerima perjuangan gabungan berkenaan.
“Jadi kita terbuka dengan cadangan itu, sudah tentu kita akan pertimbangkan apabila tiba masanya nanti,” ujarnya.
Beliai berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di sini, hari ini.
Jawapan beliau itu mengulas kenyataan LDP semalam yang menyatakan Majlis Tertinggi parti berkenaan telah meluluskan usul untuk parti tempatan Sabah itu menyertai PN.
Presiden LDP Datuk Chin Su Phin dilaporkan berkata parti itu membuat keputusan tersebut selepas melihat kesungguhan PN yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan masalah rakyat terutama ketika berdepan cabaran COVID-19 ketika ini.
LDP, ditubuhkan pada 1989, sebelum ini merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) sebelum bertindak keluar selepas daripada gabungan itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 dan bekas Presiden parti itu, Tan Sri Chong Kah Kiat merupakan Ketua Menteri Sabah yang ke-13 dari 2001 hingga 2003