nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Proses rangka Belanjawan 2022 bermula April

29 MAC: Unit Perancang Ekonomi (EPU) sudah mula menerima senarai cadangan untuk merangka Belanjawan 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata proses seterusnya adalah untuk merangka Belanjawan 2022, bermula April sehingga Ogos.

“Peruntukan Belanjawan 2022 kita belum tahu jumlahnya, tetapi EPU sudah terima kebanyakan permohonan daripada kementerian. Mulai April kita akan perhalusinya dan kita jangka pada Ogos akan dimuktamadkan.

“Kemudian kita akan berunding dengan Kementerian Kewangan kerana mereka akan tentukan berapa peruntukan yang dapat dibelanjakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Malaysia Prihatin di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan semalam.

Program anjuran Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama kerajaan Kelantan itu merupakan inisiatif untuk memberi penerangan kepada rakyat secara berperingkat mengenai pentingnya pengurusan pandemik COVID-19 ke arah proses pemulihan ekonomi negara.

Turut hadir Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata antara permohonan yang sudah diterima melibatkan peruntukan untuk menambah baik infrastruktur di seluruh negara.

“Kebanyakan proses bermula di EPU untuk kita melihat senarai keutamaan, senarai sudah kita terima. Sudah pasti ia senarai yang panjang, ada yang berkaitan dengan pembinaan balai polis, sekolah, hospital dan jalan raya termasuk melibatkan penyelenggaraan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.