nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SOP COVID-19: Polis telus siasat majlis nikah Neelofa

29 MAC: Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan pengacara dan usahawan terkenal Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32 dan Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata tidak timbul isu polis akan bersikap pilih kasih dalam siasatan kes terbabit biarpun membabitkan selebriti terkenal.

Mohamad Zainal berkata, kertas siasatan perlu dibuka terlebih dahulu kerana kes itu hanya diketahui selepas foto pelanggaran SOP itu tular di laman sosial.

Sebaliknya, tegas beliau, jika polis berada di lokasi majlis ketika ia sedang berlangsung, tindakan kompaun boleh dikeluarkan terus kepada semua yang didapati melanggar SOP ditetapkan.

“Kita hanya mendapat maklumat berlakunya pelanggaran apabila gambar tersebut tular, sebab itu kita perlu jalankan siasatan. Kalau on the spot semasa majlis itu ada aduan dan kita datang, maka pada masa itu, kita akan terus kompaun.

“Sebab itu kita panggil semua yang terlibat untuk datang ke balai, untuk beri kerjasama supaya kita boleh dapat melengkapkan siasatan. Kita akan rujuk kepada pendakwa raya apakah betul tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata penganjur perlu bertanggungjawab di atas majlis tersebut kerana gagal memastikan SOP itu dipatuhi.

“Mereka yang terlibat jika dikenal pasti melanggar SOP  termasuk peserta, pengunjung atau mereka yang hadir juga boleh dikenakan tindakan mengikut SOP yang telah dikeluarkan MKN (Majlis Keselamatan Negara) berkenaan dengan majlis sosial iaitu majlis perkahwinan,”katanya.

Sebelum ini media melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan terhadap majlis perkahwinan pengacara dan usahawan terkenal Neelofa yang didakwa melanggar SOP.

Berikutan itu polis akan memanggil penganjur majlis berkenaan dan pemilik hotel dalam masa terdekat bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan.

Mohamad Zainal berkata kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal. Berikutan itu kita akan memanggil pemilik hotel dan penganjur bagi membantu siasatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.