30 MAC: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyarankan supaya pemilihan UMNO dilaksanakan mengikut jadual sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan.
Beliau berpendapat, hanya cara itu untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO.
“Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas PRU.
“Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini,” katanya menerusi Instagram Story hari ini.
Khairy dipercayai merujuk kemelut dalaman UMNO membabitkan kumpulan dalam Kabinet Perikatan Nasional dan mereka yang berdepan kes mahkamah.
Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO kelmarin membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan BERSATU
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berpandangan, UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang mendapat sokongan rakyat. Segerakan pemilihan parti.
Untuk rekod, pemilihan UMNO perlu diadakan setiap tiga tahun dan tempoh kepimpinan sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021 kecuali ada penangguhan.