31 MAC: Gesaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin KJ) supaya pemilihan parti UMNO diadakan segera sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dikaji dan diperincikan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata gesaan itu perlu diambil kira bagi mencari kaedah sesuai untuk dilaksanakan.
“Perkara ini perlu difikirkan dengan baik… Parlimen pun tak bersidang lagi.
“Kita akan bentangkan perkara ini kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan fikirkan kaedah macam mana untuk melaksanakannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Khairy menerusi laman sosial, Instagram, semalam yang menggesa supaya pemilihan UMNO diadakan segera bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda UMNO.