1 APRIL: Jumlah kes baharu COVID-19 di seluruh negara menunjukkan penurunan, hari ini, iaitu sebanyak 1,178 kes.
Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik terbabit di Malaysia adalah sebanyak 346,678 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada keseluruhan jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 238 kes, diikuti Selangor (237).
Beliau memaklumkan, negeri lain yang mencatatkan pertambahan kes tiga angka, adalah Pulau Pinang (190), Johor (165) dan Kuala Lumpur (101).
“Sabah pula mencatatkan 86 kes baharu, manakala Negeri Sembilan (34), Kedah (32), Perak (31), Kelantan (27) dan Pahang (14),” katanya menerusi muat naiknya di Facebook.
Dr Noor Hisham berkata, hanya empat negeri mencatatkan pertambahan kes baharu satu angka, iaitu Melaka (9), Labuan (7), Terengganu (6) dan Putrajaya (10).
“Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini,” katanya. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN