nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bukan masa gagalkan pentadbiran kerajaan

1 APRIL : Kestabilan negara perlu didahului supaya pemulihan ekonomi terus lancar di samping meneruskan usaha memenangi perang melawan wabak COVID-19 yang telah melumpuhkan dunia.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata agenda membela rakyat yang terkesan dengan situasi semasa perlu dilaksanakan bagi membuktikan parti-parti yang mendokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu berjaya membela rakyat dan memimpin negara.

Pada masa yang sama, Annuar yang juga Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) memberitahu, semua pihak wajib menjaga kerajaan yang dibina atas dasar muafakat penyatuan ummah dan yang telah menyelamat negara di samping membebaskan rakyat daripada belenggu 22 bulan pentadbiran penuh rasa kecewa.

“Jangan kita cuba kembalikan mereka. Sementara kita mendahulukan negara dan rakyat, kita ketepikan agenda peribadi beberapa individu yang kecewa.

“Insya-Allah esok masih ada buat kita yang cintakan perjuangan sejati. Yang bencikan api perkauman serta politik kepentingan diri atau mahu kembali kepada cara yang rakyat benci. Kita tidak akan kembali kepada politik liberal serba jadi atau sosialis DAP.

“Apabila situasi semakin tenang dan jernih, kita akan dapat membezakan antara seluang dan sembilang, antara toman dan haruman.. sekilas ikan di air, kita tahu jantan dan betinanya,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh menjelaskan walaupun partinya telah membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), UMNO perlu bergerak ke hadapan memikirkan soal rakyat kerana merekalah yang akan menjadi juri parti mana yang dimahukan menjelang hari pengundian.

Menurut beliau, ini bukan masanya menggagalkan pentadbiran kerajaan yang UMNO sendiri bentuk dan bukanlah masanya untuk para pemimpin keluar meruntuhkan kerajaan sedia ada.

“Sabah, Johor, Melaka, Perak dan lain-lain yang kita kongsi bersama PAS dan BERSATU. Bukan masa untuk kita gagalkan Muafakat Nasional (MN). Bukan masa untuk kita lari meninggalkan tugas membantu kerajaan yang kita sendiri dirikan.

“ Justeru, kita sepakat untuk meneruskan khidmat demi rakyat. Terima kasih Datuk Seri Bung Moktar Radin di Sabah, Datuk Saarani Mohamad di Perak, Datuk Hasni Mohammad di Johor, Datuk Sulaiman Md Ali di Melaka yang terus berkongsi memimpin negeri dan tidak bercerai berai.

“Terima kasih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang istiqamah memimpin para menteri bersama Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Dr Adham Baba, Datuk Seri M Saravanan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“Juga timbalan-timbalan menteri, pengerusi- pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bertekad sebulat suara kekal istiqamah, terus berkhidmat,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.