1 APR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak akan campur tangan dalam siasatan terhadap 34 pegawai dan anggota penguat kuasa yang disyaki melindungi dan membocorkan maklumat berhubung kes sindiket penipuan didalangi seorang Datuk Seri yang sedang disiasat polis.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata EAIC tidak akan berbuat demikian kerana percaya polis mempunyai keupamaan untuk menjalankan siasatan secara terperinci dan adil mengenai kes berkenaan.
Tambahan pula Mohd Sidek berkata bilangan pegawai penyiasat EAIC yang ada amat terhad iaitu 78 orang dengan peruntukan RM8 juta setahun.
“Justeru apabila ada agensi berkaitan (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard atau JIPS) PDRM yang mempunyai kuasa dan kakitangan yang lebih sudah berbuat demikian maka EAIC tidak perlu buat siasatan.
“Sebaliknya EAIC akan melakukan pemantauan umpamanya sebelum ini ada kes seorang tahanan wanita spironolactone di lokap Miri dan kita memang mendapat aduan.
“Kalau tiada aduan sekali pun di bawah Akta 700 EAIC diberikan kuasa untuk mengambil tindakan dan menjalankan siasatan.
“Tetapi saya berpandangan tidak perlu kerana Pengarah JIPS, Zamri Yahya memberi jaminan bahawa polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.
“Jadi kita akan pantau dan menulis surat kepada Peguam Negara supaya mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit selepas kertas siasatan siap,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kepada warga EAIC di PICC Putrajaya hari ini.
Mohd Sidek berkata demikian ketika ditanya sama EAIC akan membuka kertas siasatan terhadap pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang melaporkan 34 anggota polis dan pegawai penguatkuasa kini disiasat kerana melindungi dan membongkar maklumat berhubung sindiket penipuan antarabangsa didalangi individu dikenali sebagai Datuk Seri Nicky.
Mengulas lanjut, Mohd Sidek berkata EAIC hanya akan menyiasat kes besar dan berprofil tinggi kerana kebanyakan kes kecil boleh diselesaikan oleh jabatan atau agensi kerajaan berkaitan.
Beliau berkata langkah berkenaan perlu kerana banyak aduan diterima berkaitan kes kecil termasuk orang awam dimaki pegawai penguat kuasa atau polis.
Dalam pada itu, Sidek berkata pihaknya tidak bercadang meminda Akta 700 bagi memberi lebih banyak kuasa kepada EAIC kerana peruntukan undang-undang sedia ada sudah memadai.
“Apa yang penting sekarang semua agensi penguatkuasaan kerajaan perlu menguatkuasakan semua undang-undang sedia ada sebaik mungkin bagi meningkatkan tahap integriti dan sistem penyampaian.