nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS tolak muafakat yang lari daripada matlamat asal MN

2 APRIL: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional (MN).

Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri Asia Barat berkata matlamat asal MN adalah untuk masuk ke medan perjuangan bagi membela umat dalam satu negara dengan melibatkan semua golongan atas asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan PAS menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.

“PAS menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.

“PAS menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat.

“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajkan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa. Marilah sama-sama menolak ekstremisme dan liberalisme yang merungkaikan ikatan agama dan bangsa,” katanya dalam ruangan Minda Presiden PAS dikongsi di laman Facebooknya, hari ini. 

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata PAS bukanlah satu-satunya kumpulan Islam, namun PAS mempunyai kekuatan akar umbi dan kepimpinan yang mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS).

Justeru, Abdul Hadi berkata PAS mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baharu, Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.

Beliau berkata PAS juga akan bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.

“Mereka yang berjuang kerana tujuan untuk mengumpulkan harta, bukan mengumpulkan harta kerana perjuangan, sudah tidak layak lagi memimpin umat. Walaupun ramai yang tidak berminat lagi kepada petunjuk Islam.

“PAS terus yakin kepada petunjuk daripada Allah SWT. Maka, PAS terus mengajak masyarakat Melayu yang telah Islam untuk terus bersama Islam. Manakala mereka yang terpesong diajak kembali semula kepada Islam yang sempurna, atau kaum lain yang menerima Islam pula layak untuk memimpin.

“Islam adalah agama yang wasatiyyah (sederhana dan adil kepada semua). Maka, PAS menolak semua golongan ekstrem yang mengaku Islam termasuklah dalam kalangan bukan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS juga menolak golongan liberal yang kehilangan dasar Islam, bahkan ada yang kehilangan sifat kemanusiaannya.

“PAS lebih mempercayai kepada janji Allah SWT dan tidak mempercayai kepada ramalan politik andaian. Kalau PAS buat begini, maka akan jadi begini dan kalau buat begitu, maka akan jadi begitu.

“Tujuan PAS sudah terang lagi bersuluh, bukanlah sekadar berhasrat untuk menyelamatkan seseorang atau kumpulan dan kelompok yang kecil sahaja, malah tujuannya adalah untuk menyelamatkan seluruh manusia seberapa ramai yang mungkin. Maka, jika terdapat mereka yang sempit dan terhad tujuannya itu pasti ditinggalkan,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi berkata konsep demokrasi yang konsisten terus menjadi pendekatan yang dipilih oleh PAS, dan masyarakat majmuk terus menjadi lapangannya.

“Politik Islam yang diamalkan oleh PAS wajib memimpin, demi memelihara aqidah perjuangan bagi menegakkan konsep adil dan berkebajikan kepada semua, serta hala tuju yang tidak terpesong daripada arah wawasannya.

“PAS bersabar dan terus bersabar, sehingga tidak berdendam terhadap sesiapa yang pernah menzaliminya, walaupun orang yang zalim itu terus tidak insaf, kerana matlamat PAS ialah menjadi penyelamat manusia seramai mungkin, termasuklah menyelamatkan orang yang zalim,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.