nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenyataan Nazri hanya pandangan peribadi, bukan UMNO

3 APRIL: Pandangan UMNO pada waktu ini adalah memastikan menteri-menteri daripada parti UMNO terus berkhidmat dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga pilihan raya diumumkan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sehubungan itu,  kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz melabelkan menteri daripada parti itu yang enggan meletak jawatan sebagai pengecut, disifatkan kenyataan peribadi.

“Itu pandangan peribadi (Nazri) tetapi pandangan UMNO adalah untuk kita bertahan sampai pilihan raya dan buat masa ini kita tak dengar pun UMNO kata suruh berhenti berkhidmat sekarang.

“UMNO sudah pun keluarkan keputusan menyokong kerajaan PN sehingga pilihan raya jadi pasal apa nak ubah cakap pula,” katanya kepada media selepas Perjumpaan Bersama Wanita UMNO Bahagian Arau di Pusat Khidmat UMNO Arau di Kubang Gajah, Perlis, hari ini.

Dalam pada itu, Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) memberitahu terpulang kepada Nazri untuk membuat kenyataan seperti itu kerana ia tidak mencerminkan suara UMNO.

“Menteri UMNO hanya boleh berhenti apabila pilihan raya dan ini sudah diputuskan jadi tidak perlulah kita bermain cerita ke satu cerita yang merugikan masa kita.

“Buat masa sekarang kita tetap bekerjasama seperti biasa (bersama PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Malah, saya sendiri akan terus memimpin UMNO Perlis dan Barisan Nasional (BN) Perlis sehingga pilihan raya nanti,” katanya.

Terdahulu, Nazri mendakwa UMNO kini dilihat umpama ‘harimau kertas’ selepas hanya ‘mengaum’ di Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini.

Nazri berkata, hal itu berlaku ekoran kelemahan kepimpinan Presidennya,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memastikan semua menteri dan timbalan menteri meletak jawatan dalam Kabinet.

Beliau dalam masa sama turut melabelkan menteri-menteri dari UMNO yang enggan meletak jawatan sebagai ‘pengecut’.

Dalam Kabinet kerajaan PN, menteri UMNO terdiri daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan Pertahanan) , Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Luar), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).

Selain daripada itu, Tan Sri Annuar Musa juga diberikan peranan menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan, manakala Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli), Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique sebagai Menteri Perpaduan Negara.

Dalam kalangan timbalan menteri pula, antara pemimpin UMNO yang dilantik adalah Datuk Mastura Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri I), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I) dan Datuk Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.