nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MIC akan terus sokong kerajaan PN

3 APR: MIC akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan meneruskan kerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sehingga satu keputusan dibuat oleh Majlis Teringgi Barisan Nasional (BN) nanti.

Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran, berkata pada masa sama MIC tetap menghormati keputusan UMNO untuk memutuskan kerjasama dengan BERSATU dan menarik diri daripada kerajaan PN, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti atas dasar setiakawan dalam BN.

“Kita mengambil sikap tunggu dan lihat pergerakan politik untuk jangka masa terdekat. Ini kerana MIC yakin UMNO dan BERSATU dapat menyelesaikan perbezaan mereka sama seperti UMNO dan PAS menguburkan masalah mereka walaupun saling bermusuhan selama 40 tahun,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-74 yang turut disaksikan oleh Muhyiddin melalui aplikasi zoom hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan serta Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU turut mendengar ucapan disampaikan oleh Vigneswaran bersama lebih 1,000 perwakilan MIC lain menyaksikan secara maya.

Terdahulu, Vigneswaran juga mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin kerana tetap melantik seorang Menteri dalam kalangan pemimpin MIC biarpun parti berkenaan hanya memenangi satu kerusi Parlimen.

“Ironinya tanpa apa-apa cadangan dari kepimpinan BN seperti yang telah dijelaskan oleh Perdana Menteri. BN juga tidak mencadangkan calon MIC untuk jawatan Timbalan Menteri dan Senator.

“Saya terpaksa menjelaskan hal ini selepas Datuk Sivaraj telah membangkitkan isu ini dalam satu siaran akhbar baru-baru ini. Namun demikian, ironinya kita masih dalam MIC. Ya, Ironinya kita amsih dalam BN,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Vigneswaran menegaskan UMNO perlu bersedia mengorbankan sekurang-kurangnya 10 peratus kerusi milik mereka untuk diberikan kepada parti komponen BN dan PN pada PRU-15.

Berikutan itu Vigneswaran menegaskan penting untuk kepemimpinan BN mencapai kata sepakat dengan PN, mencari satu formula terbaik untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti kerajaan, khususnya dalam pembahagian kerusi pilihan raya.

“Pastinya perlu ada sedikit pengorbanan dalam kalangan parti-parti dalam kedua-dua gabungan ini untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri di dalam pilihan raya demi mencapai matlamat yang lebih besar untuk membentuk kerajaan yang stabil dan melonjak kembali ekonomi negara yang terpincang akibat pandemik COVID-19.

“Yakinlah, tidak ada yang terlalu sukar jika kita melakukannya bersama-sama. Saya mahu supaya keputusan untuk mengadakan kerjasama dibuat secara meluas dan menyeluruh melalui permuafakatan dan musyawarah di dalam parti dan di antara parti,” katanya.

Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata, jika kemelut politik Melayu berpaksi kepada isu agihan kerusi dalam PRU, maka ia bukan perkara yang sukar diselesaikan.

“Jika ia membabitkan isu kerusi, maka perkara ini senang diselesaikan kerana UMNO sudah memaklumkan kepada MIC dan MCA bahawa kita harus mengorbankan kerusi kepada gabungan baharu demi kemenangan PRU-15.

“Walaupun MIC hanya ada sembilan kerusi Parlimen dan sedang dalam proses memikir yang terbaik untuk kemenangan gabungan dan 35 peratus kerusi MIC mungkin terpaksa dikorbankan.

“Jikalau ini adalah nasihat dan kesimpulan UMNO terhadap takdir MIC, maka apakah salah jikalau UMNO bersedia juga untuk mengorbankan sekurang-kurangnya 10 peratus kerusi mereka,” katanya.

Menurutnya, adalah penting bagi MIC untuk mendapatkan kerusi tradisinya atau kerusi baharu berasaskan kepada realiti politik di peringkat akar umbi.

“Maksud saya ialah winnable seat (kerusi boleh menang). Jangan cuba menghina kami dengan memberi kerusi-kerusi pasti kalah kerana pelbagai faktor,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.