3 APRIL : Presiden Argentina, Alberto Fernandez disahkan positif COVID-19 setelah tiga bulan menerima suntikan vaksin suptnik V buatan negara Rusia.
Beliau menerima dos pertama vaksin Sputnik V itu pada Januari lalu dan menerima dos kedua vaksin tersebut pada bulan Februari.
Perkara tersebut diberitahu beliau melalui akaun twitter rasminya Jumaat lalu.
Fernandes sebelum ini mengalami simpton ringan seperti pening dan peningkatan suhu badan sebelum menjalani ujian saringan antigen baru-baru ini.
Bagaimanapun, setakat ini ujian PCR terhadap beliau masih belum dikeluarkan.
Perdana Menteri Argentina itu kini sedang menjalani kuarantin kendiri sebagai langkah berjaga-jaga.