5 APRIL: Kerja penyelenggaraan berkala ke atas Kiswah atau kain penutup Kaabah bermula semalam.
Penyelenggaraan itu dilakukan menjelang ketibaan Ramadan pada minggu depan.
Seramai 14 juruteknik dilaporkan melakukan kerja penyelenggaraan itu yang dijangka mengambil masa selama lima hari dengan diawasi pemantau kualiti, pakar kesihatan serta unit kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
Pengarah Jabatan Penyelenggaraan Kiswah, Fahd Al-Jabri, berkata kain itu akan dibersihkan selepas kerja penyelenggaraan selesai.
Manakala, portal berita Arab News melaporkan, kerja penyelenggaraan itu dikendalikan selaras pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.