5 APRIL: Hakim mahkamah antikeganasan, Aftab Afridi dan tiga ahli keluarganya, dibunuh lelaki bersenjata di barat laut Pakistan, semalam, kata pihak polis.
Menurut agensi berita Anadolu, mereka dibunuh ketika dalam perjalanan ke ibu kota Islamabad.
Sebelum dibunuh, kenderaan dinaiki mereka diserang berhampiran daerah Swabi, Peshawar di ibu kota wilayah Khyber Provincun berhampiran sempadan Afghanistan.
Ketua polis daerah, Muhammad Shoaib, berkata dua pengawal hakim berkenaan mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
“Bagaimanapun, penyerang berjaya melarikan diri. Motif serangan masih disiasat,”katanya kepada media.
Aftab sedang mendengar beberapa kes berkaitan keganasan di sebuah mahkamah di lembah Swat yang pernah menjadi pusat militan.
Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengecam kejadian itu.
“Saya memberi jaminan kepada keluarga mangsa pelaku pembunuhan ini akan ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya menerusi muat naik di Twitter.