nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemburu haram berdepan denda sehingga RM1 juta

5 APRIL: Kerajaan kini di peringkat akhir bagi meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang membolehkan penjenayah pemerdagangan hidupan khasnya pemburu haram didenda sehingga mencecah RM1 juta jika didapati bersalah oleh mahkamah.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum dikemukakan ke Parlimen untuk kelulusan.

Katanya, pindaan itu bakal menambah baik akta tersebut termasuk peningkatan denda daripada RM500,000 ketika ini bagi kesalahan pemerdagangan hidupan liar kepada denda RM1 juta.

SHAMSUL ANUAR

“Ini membuktikan kita sangat serius untuk memelihara khazanah negara dengan meningkatkan undang-undang sedia ada bagi mengawal pencerobohan, pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar.

“Kita kenal pasti jenayah mencuri pemerdagangan hidupan liar sering berlaku melalui jualan secara dalam talian dan eksport yang merugikan negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 201 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Orang Asli di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Lenggong hari ini.

 Untuk rekod, Akta 716 kini selalu digunakan kepada mana-mana pesalah termasuk pemburu haram yang boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dilaporkan pernah memberi cadangan sama untuk pindaan akta sedia ada pada Ogos tahun lepas sebagai tanda usaha tegas kerajaan membanteras kegiatan pemburuan haram.

Terdahulu dalam ucapannya, Shamsul berkata seramai 135 pesalah membabitkan 96 warga tempatan dan 39 warga asing ditangkap tahun ini atas pelbagai kesalahan dalam Akta 716 itu dengan nilai sitaan RM1.7 juta selain 630 jerat dan 141 khemah pendatang dimusnahkan.

Selain itu katanya, kerjasama pelbagai agensi dan pihak berkuasa tahun lepas berjaya menangkap 64 pesalah membabitkan 32 kes dengan nilai rampasan RM636,600 dan memusnahkan 433 jerat.

Mengenai program hari ini, Ahli Parlimen Lenggong itu berkata sehingga kini seramai 538 veteran ATM dan Orang Asli dilantik melalui Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) bagi membolehkan kerajaan terus melindungi hasil negara yang bernilai tinggi.

Beliau berkata, pasukan tersebut akan menjadi mata dan telinga kerajaan di kawasan panas seperti Taman Negara yang dikenal pasti sering menjadi lokasi aktiviti pemburuan haram bagi hidupan liar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, BP3 diperkukuh membabitkan peruntukan RM32 juta dengan penglibatan 600 veteran ATM, veteran polis dan Orang Asli yang melibatkan kawalan penguatkuasaan seluas 20,000km persegi di seluruh Taman Negara termasuk kawasan habitat Harimau Malaya yang dikenal pasti.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.