nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin ASEAN perlu bincang krisis Myanmar

5 APRIL: Malaysia dan Brunei bersepakat supaya pemimpin ASEAN bertemu dan membincangkan mengenai perkembangan krisis di Myanmar.

Kenyataan bersama kedua-dua pemimpin itu memaklumkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sudah menugaskan menteri dan pegawai kanan negara masing-masing melakukan persediaan bagi menghadiri mesyuarat berkenaan yang akan diadakan di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

“Pemimpin kedua-dua negara ini mengesahkan kesediaan ASEAN untuk membantu Myanmar, termasuk melalui pengaruh pejabat Pengerusi ASEAN dan Setiausaha Agung ASEAN secara positif, aman dan membina.

“Malah, perkara ini kekal demi kepentingan terbesar ASEAN untuk melihat Myanmar menyelesaikan krisis ini dan mendapatkan semula kestabilan,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada akhir Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini.

Muhyiddin diiringi isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei, mulai semalam sempena rundingan tahunan itu.

Krisis di Myanmar dilaporkan tercetus selepas berlaku rampasan kuasa dua bulan lalu yang menyaksikan tentera menjatuhkan pemimpin dipilih secara demokratik.

Sementara itu, Muhyiddin dan Sultan Hassanal Bolkiah menggesa semua pihak agar tidak membangkitkan keganasan berterusan, selain mengawal keadaan dan fleksibel.

“Pemimpin Malaysia dan Brunei menyeru semua pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian secara aman, mengadakan dialog, mewujudkan perdamaian dan kembali normal mengikut kemahuan serta kepentingan rakyat Myanmar demi keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini,” katanya.

Mengulas lanjut, kedua-dua pemimpin turut bersetuju memajukan pendekatan ASEAN yang proaktif dan berpandangan luas dalam menjalankan hubungan luarannya berdasarkan kepentingan, hubungan konstruktif serta faedah bersama.

“Mereka juga bersetuju mengadakan rundingan pemimpin tahunan seterusnya di Malaysia tahun depan,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.