nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perkukuh penyatuan politik Melayu, utama kerjasama

5 APRIL: Penyatuan parti politik Melayu di negara ini ‘wajib’ diperkukuhkan bagi memastikan kuasa mutlak dan mandat besar terus dipegang bangsa majoriti itu, selain agama Islam terus diperkasakan sebaik mungkin.

Pakar Sosial, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata penyatuan itu amat penting bagi mengelakkan senario ‘tarik tali’ daripada aspek sokongan antara parti politik Melayu, terutama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, selepas pilihan raya umum lalu, masyarakat melihat harapan dan sinar baharu apabila gabungan parti Melayu ketika itu, seumpama sudah bersatu untuk mewujudkan satu kumpulan kukuh yang sememangnya diharapkan orang Melayu beragama Islam.

“Namun sejak kebelakangan ini, kita melihat berlaku sedikit keretakan dalam kalangan parti Melayu terbabit yang pastinya bukan sahaja kurang baik kepada masa depan, kekuatan bangsa dan agama Islam Malaysia, tetapi juga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, terutama menjelang PRU-15.

“Walaupun negara dipimpin kerajaan berteraskan agenda melayu ketika ini, kita masih melihat sedikit keretakan dalam kalangan pemimpin atau parti diterajui mereka dan tentunya merisaukan kerana kita tahu survival masyarakat Melayu serta agama bergantung kepada kekuatan parti-parti Melayu yang memerintah,” katanya ketika dihubungi PN BBC.

Mohammad Shatar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu masih mengekalkan hasrat supaya umat kena bersatu.

Kenyataan dikeluarkan pemimpin itu yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air turut memaklumkan, cukuplah umat di negara ini berpecah lama, sehingga 50 ke 60 tahun menghadapi pilihan raya.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, bagi memenuhi harapan rakyat Melayu melihat ‘mereka’ bersatu, semua parti berteraskan Melayu itu perlu memiliki tolak ansur, berkorban dan melepaskan sedikit kepentingan peribadi masing-masing, demi memastikan keutamaan menghadapi PRU-15 untuk terus memproleh kuasa mutlak, mandat serta agama Islam diperkasanakan.

Adunan parti Melayu utama negara, iaitu UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), katanya, diyakini mewujudkan kestabilan politik kukuh, sekali gus mengembalikan kepercayaan dunia untuk melabur ke negara ini.

Beliau berkata, Malaysia memiliki pelbagai kelebihan di mata dunia yang menarik ramai pelabur ke sini, antaranya lokasi strategik bebas daripada bencana alam, pendidikan terbaik dan masyarakat bersopan santun, tetapi pihak berkenaan pastinya akan berhati-hati untuk bekerjasama dengan negara ini jika politik tidak stabil.

“Saya yakin, jika politik kita stabil dan percantuman wujud melalui kerjasama erat parti politik Melayu, pasti kita mampu kembalikan kegemilangan Malaysia seperti zaman dulu, sehingga pernah dikenali sebagai harimau asia atau tidak mustahil menjadi negara contoh kepada dunia.

Sementara itu, Penganalisis Politik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Azmir Mohd Nizah mengutarakan pandangan senada apabila menyifatkan wujud sinar penyatuan orang Melayu melalui jalinan kerjasama antara parti berkenaan, sejurus pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, katanya, hari demi hari, apabila tindakan parti Melayu itu seolah-olah menginjak kepada persoalan berhubung ‘desakan pilihan raya’ dan kuasa, agenda Melayu yang didakwa diperjuangkan mereka, umpama diketepikan, malah keutamaannya adalah ‘kedudukan’.

Mohd Azmir berkata, situasi itu jelas boleh dilihat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 apabila intonasi retorik serta perbincangan disuarakan, banyak berkaitan kuasa dan keadaan itu sangat membimbangkan.

“Sebelum ini saya pernah menulis mengenai realiti politik kita pada hari ini adalah kita tidak ada parti dominasi dan dalam konteks ini, UMNO gagal memahaminya.

“Justeru, sebagai penganalisis politik saya sangat sedih kerana kita dah nampak sinar penyatuan Melayu, tetapi orang Melayu sendiri memadamkannya,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mohd Azmir, tidak menjadi satu kesalahan berpolitik kerana kuasa, cuma masalah akan timbul apabila individu terlalu mendambakan sesuatu kedudukan, sekali gus berisiko mencetuskan konflik besar dalam kepimpinan politik negara.

“Keadaan ini ibarat pepatah ‘menang sorak kampung tergadai’ apabila kita berebut sana sini, berpecah belah antara Melayu, berpisah kepada lima hingga enam parti yang akhirnya merugikan semua pihak, selain membuatkan orang kita semakin hari semakin ke belakang,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Azmir berkata, sepatutnya UMNO lebih memahami kepentingan Melayu kerana motif perjuangan parti terbabit sejak awal penubuhannya adalah atas nama bangsa itu.

Sebaliknya, apa dilihat sekarang, katanya, UMNO seperti mementingkan kuasa dalam kalangan pemimpinnya semata-mata, bukan bersesuaian konteks Melayu seperti diperjuangkan parti.

Dalam konteks politik, tegasnya, UMNO perlu menyedari bahawa parti itu membawa naratif Melayu, namun kini apa mengecewakan adalah kepimpinannya bukan hanya tidak menonjolkan elemen terbabit, mengutamakan kuasa dan mahu menjadi dominan, tetapi juga asyik perli memerli antara satu sama lain yang tidak sihat.

“Ada pula kata Menteri dan Timbalan Menteri UMNO dalam kerajaan kena letak jawatan, jadi di sini kita dapat lihat persoalan dilakukan adalah berkaitan kuasa, bukan untuk bangsa Melayu,” katanya.

Secara peribadi, katanya, situasi berlaku dalam UMNO ketika ini, katanya, berpunca daripada kelemahan ‘sekumpulan kepimpinan’ parti itu sendiri, maka mereka  patut bertanggungjawab terhadap keadaan berkenaan.

Ujar Mohd Azmir, seramai 3.2 juta ahli UMNO juga perlu sedar bahawa keadaan realiti politik pada masa ini adalah tidak ada parti dominan kerana apa diperlukan kerjasama.

Sebenarnya, beliau berkata, dalam keadaan parti politik negara yang pelbagai, dinamika diwujudkan itu sangat menarik apabila bermacam kerenah dan perubahan boleh dilihat, tetapi untuk mendapatkan kerajaan stabil, bermakna hanya perlu ada dua pihak bertanding.

“Bagi mendapatkan kerajaan stabil, kena ada pertemuan dua penjuru, tidak boleh tiga, empat, lima atau enam kerana pertandingan membabitkan lebih daripada dua akan melemahkan demokrasi negara.

“Ini kita risaukan bila melihat situasi politik sekarang kerana kita kena ingatlah kerajaan stabil memberi kesan sangat besar, terutama dalam konteks ekonomi dan konteks pembangunan, itu kepentingannya,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.