6 APRIL: Kementerian Kesihatan mengesan 10 lagi kluster baharu hari ini termasuk dua kluster di Kelantan serta satu kluster keagamaan di Lahad Datu, Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster Jalan Kota Kubang Labu adalah kluster tempat kerja melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan.
Beliau berkata kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343,992) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
“Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kota Kubang Labu, Tumpat. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata Kluster Kampung Palekbang pula adalah kluster komuniti melibatkan daerah Tumpat di Kelantan.
Beliau berkata kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345,436) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
“Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Palekbang, Tumpat. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.
Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata dengan pertambahan 10 kluster baharu itu menjadikan jumlah kumulatifnya adalah 1,421 kluster termasuk 1,067 kluster sudah tamat dan 354 masih aktif.
Dr Noor Hisham berkata sebelas kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Amanjaya, Kluster Jalan Industri A1, Kluster Jalan Sungai, Kluster Jalan Dato Sellathevan, Kluster Persiaran Bayam Indah, Kluster Jalan Timah Tiga, Kluster Jalan Jenjarom, Kluster Perusahaan Baru, Kluster Jalan Sementa, Kluster Jalan Subang, dan Kluster Simpang Tiga.
Beliau berkata jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu hari ini adalah 62 kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tembok Sri Aman (128 kes), Kluster Jalan Pelabuhan (50 kes), dan Kluster Jalan Mega Industri (20 kes).
Senarai 10 kluster baharu hari ini:
KLUSTER INTEGRASI RAWANG TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terletak di Jalan Industri 3/6, Rawang Intergrated Industrial Park, Rawang. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN BADLI SHAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339,697) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tengku Badli Shah 9/21, Seksyen 9, Shah Alam. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 244 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN MAJU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340,202) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks yang terletak di Jalan Maju, Sibu. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN KOTA KUBANG LABU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343,992) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kota Kubang Labu, Tumpat. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN MEGA INDUSTRI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega 1/8, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KAMPUNG PALEKBANG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345436) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Palekbang, Tumpat. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TAMAN PERUDA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347,803) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Peruda, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KAMPUNG BELAOH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-350,917) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Belaoh, Besut. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PADANG HIJAU
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di pusat transit penerimaan yang terletak di Padang Hijau, Kluang. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER BELACON
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Lahad Datu dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-351,333) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bukit Belacon, Lahad Datu. Sehingga 6 April 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.