6 APRIL : Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dengan sindiket kartel projek kerajaan yang dilumpuhkann SPRM semalam.
Lelaki tersebut dipercayai menerima rasuah untuk membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek kepada kepala sindiket bagi memudahkan penyediaan dokumen untuk tender.
Pegawai kanan berusia 38 tahun itu dipercayai terlibat dalam kerja penyediaan Bill Of Quantity (BQ) bagi projek yang ditawarkan oleh agensi kerajaan tersebut.
Menurut sumber, pegawai terbabit ditahan tengah malam tadi di rumahnya di Ampang dan hasil risikan mendapati suspek disyaki menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.