8 APRIL: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), hari ini menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Sinovac.
Beliau menerima suntikan itu di Pusat Pemberian Vaksin, Hospital Rembau, Negeri Sembilan.
Perkara itu dimaklumkan Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi muat naik di Twitter rasminya.
“Saya dan Pegawai Keselamatan di Hospital Rembau, Danish Razali, pegawai sudah menerima dos kedua vakisn Sinovac tadi.
“Sinovac menggunakan platform ‘inactivated virus’, berbanding mRNA yang diguna Pfizer. Kedua-dua vaksin selamat dan berkesan,” katanya.
Pada 18 Mac lalu, Khairy menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac dan menjadi individu pertama di Malaysia diberikan imunisasi terbabit di negara ini. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN