nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isu Capal: Penjelasan JMNP dapat elak sikap label melampau

8 APRIL: Penjelasan dikeluarkan Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Perak, baru-baru ini berhubung isu replika capal diharap mampu memberi panduan umum kepada masyarakat berhubung isu agama, sekali gus mengelak sikap melampau dalam kalangan ‘netizen’ yang mengecam terlalu keras, kata Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu, berkata penjelasan terbabit diharap mampu mengekang sikap masyarakat yang memberikan tuduhan kafir, fasiq dan seumpamanya secara melampau atas sebarang isu agama berbangkit.

“Perlu juga saya memberi satu contoh sebagai satu renungan, iaitu dalam hukum syariat, kita sunat mengucup Hajarul-Aswad kerana terdapat dalil khusus mengenainya.

“Namun melukis gambar atau membuat ukiran Hajarul-Aswad lalu dikucup atau dimuliakan adalah satu perkara  berbeza, inikan pula suatu objek atau lakaran yang tidak muktamad untuk disandarkan kepada Rasulullah SAW.

“Syabas sekali lagi diucapkan. Semoga usaha ini dapat meredakan keresahan yang timbul dalam masyarakat sejak kebelakangan ini,” katanya menerusi muat naik di Facebook rasminya, hari ini.

Sebelum ini, gambar dan isu replika kayu berbentuk capal yang menghiasi bahagian mihrab di sebuah madrasah di Lenggong, Perak tular sehingga mengundang pelbagai spekulasi, termasuk kecaman dan dikaitkan dengan amalan taasub.

Bagaimanapun, pihak surau dilaporkan berkata, replika itu digantung di dinding ruang berkenaan bagi tujuan hiasan kerana sudut terbabit turut dijadikan studio bagi aktiviti ceramah dan kuliah.

Susulan ‘pertelingkahan’ itu, Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri (JMNP) Perak pada 6 April lalu, menyarankan replika capal berkenaan dialihkan ke suatu ruang lebih munasabah dan bersesuaian.

JMNP dalam satu kenyataan berkata, pihak madrasah itu perlu peka dengan persekitaran semasa dan telahan masyarakat awam supaya dapat menutup peluang fitnah, selain menolak perkara boleh membawa kepada unsur pemujaan.

Kenyataan itu menegaskan, saranan itu bersesuaian dengan konsep sad al’zariah dengan maksud menutup pintu atau jalan yang boleh membawa kepada perkara diharamkan.

Menerusi kenyataan sama, JMNP menasihatkan netizen dan orang ramai agar menjauhi perbuatan melabel sesuatu pihak secara melampau seperti kafir, fasiq serta sebagainya tanpa melakukan proses tabayyun terlebih dahulu. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.