nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Upah rendah graduan baharu bersifat sementara

9 APRIL : Upah lebih rendah diterima graduan baharu pada tahun 2020, berbanding 2019, termasuk kurang daripada gaji minimum, disifatkan sebagai keadaan sementara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kementeriannya yakin bilangan pekerjaan graduan dan kadar upah diterima mereka akan bertambah baik apabila ekonomi negara kembali stabil.

Katanya, COVID-19 memberikan impak berbeza ke atas pertumbuhan sektoral dan pekerjaan dalam pasaran buruh negara dengan kadar upah bagi beberapa pekerjaan mengalami peningkatan, penurunan dan tidak berubah.

“Walaupun graduan kategori paling terjejas, penempatan pekerjaan untuk graduan dilaporkan tertinggi, malah peratusan penempatan ini untuk pekerjaan setaraf dengan graduan, iaitu Profesional, Pengurus, Teknikal dan Profesional Bersekutu (PMET) meningkat daripada 38 peratus pada suku ketiga kepada 50.2 peratus pada suku keempat 2020.

“Peningkatan pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan graduan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan, petanda baik kepada pemulihan pasaran buruh kerana kedua-dua sektor ini adalah sumber pekerjaan utama bagi graduan dalam tempoh sebelum krisis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) menunjukkan majoriti pekerja, termasuk graduan diambil bekerja dalam suku ketiga dan keempat tahun lalu menerima upah asas antara RM1,200 hingga RM1,499 sebulan, manakala hanya 8.8 peratus pekerja yang dibayar dengan upah asas di bawah gaji minimum RM1,200.

Jelasnya, tumpuan upah pada julat RM1,200 hingga RM1,499 boleh dikaitkan dengan tiga faktor, iaitu permintaan lebih tinggi untuk pekerjaan bukan lulusan graduan, lokasi dan pengangguran kitaran yang disebabkan pandemik terbabit.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, pada suku keempat tahun 2020, penawaran tenaga kerja didominasi pencari kerja dengan pendidikan tinggi, yang mewakili 45.5 peratus dari keseluruhan jumlah pencari kerja.

“Bagaimanapun, majoriti atau 70 peratus kekosongan ditawarkan majikan adalah untuk pekerjaan bukan graduan.

“Dengan kekurangan jawatan kosong untuk pekerjaan graduan (PMET), pencari kerja berpendidikan tinggi berkemungkinan besar memilih pekerjaan bukan graduan seperti kerani, pembantu jualan, pembantu pentadbir, khidmat pelanggan dan seumpamanya.

“Ini sebagai langkah sementara sehingga ekonomi pulih sepenuhnya dan mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan untuk kategori PMET,” katanya.

Justeru, katanya, inisiatif pemulihan dan pakej rangsangan daripada kerajaan, ditambah dengan program imunisasi COVID-19 dijangka mampu untuk menyumbang kepada pemulihan dalam ekonomi, sektor perniagaan serta pasaran pekerjaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.