nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan cadang pinda hukuman sebatan, penjara ATIPSOM 2007

10 APRIL: Kerajaan bercadang meminda Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, dengan memasukkan hukuman sebatan dan tempoh penjara melebihi 20 tahun terhadap anggota sindiket pemerdagangan orang serta penyeludupan migran.

Ketika ini hukuman ATIPSOM 2007 jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Risikan/Operasi Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (D3), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Cha Hoong Fong, berkata pindaan berhubung hukuman itu sedang dalam proses mendapatkan kelulusan di Parlimen.

“Perkara ini sudah dibincangkan bersama Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) bagi melihat kepada hukuman lebih tegas terhadap mereka (anggota sindiket).

“Jadi perkara ini dalam proses pindaan dan masih menunggu untuk diluluskan,” katanya dalam program Ruang Bicara, Bernama TV malam tadi.

Hoong Fong berkata, pindaan itu dicadangkan adalah sebagai usaha membanteras kegiatan sindiket terbabit yang menjadikan negara ini sebagai tumpuan menjalankan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Pihak polis, katanya, turut menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas anggota sindiket terbabit sebagai usaha pembanterasan berterusan.

Beliau berkata, penggunaa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sejak tahun 2019 untuk menangani jenayah itu memberi kesan ketara kepada mereka kerana tertakluk di bawah jenayah terancang, selain mampu melumpuhkan sindiket terbabit.

“Menerusi SOSMA, ahli sindiket akan melalui tempoh penahanan lebih lama untuk disiasat.

“Sebanyak enam sindiket pemerdagangan dan penyeludupan migran berjaya dilumpuhkan pada tahun lalu,” katanya.

Pada masa sama, Hoong Fong berkata, sebanyak 146 kes membabitkan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran direkodkan tahun lepas, berbanding pada tahun 2019 dengan 272 kes yang menandakan keberkesanan penguatkuasaan pihak polis berhubung jenayah terbabit.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.