10 APRIL: Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II meninggal dunia di Istana Windsor pada Jumaat ketika berusia 99 tahun.
Perkara itu dimaklumkan menerusi Twitter The Royal Family.
“Dengan penuh dukacita, Ratu Elizabeth II mengumumkan kematian suaminya yang tercinta,” tulis istana di Twitter.
Putera Philip bersara daripada urusan rasmi pada 2017.
Pada pertengahan Februari lalu, Putera Philip dimasukkan ke Hospital King Edward VII di London selepas dilaporkan tidak sihat.
Mendiang kemudian dipindahkan ke Hospital St Bartholomew pada 1 Mac lalu selepas dua minggu dirawat.
Kenyataan akhbar Istana Buckingham memaklumkan bahawa Putera Philip dibawa ke hospital atas nasihat pihak doktor sebagai langkah berjaga-jaga.
Sepanjang menerima rawatan, Putera Philip hanya menerima kunjungan daripada putera sulungnya yang juga pewaris takhta, Putera Charles.