11 APRIL : Kerajaan negeri Pahang membenarkan solat terawih sebanyak 20 rakaat serta tiga witir ditunaikan di semua masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan ini.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, kebenaran itu dibuat berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Fatwa Hukum Syarak negeri Pahang di atas perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah.
“Sehubungan itu, imam di masjid dan surau boleh berbuat demikian kerana kebenaran sudah diberikan, namun mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Pahang.
“Kebenaran menunai solat terawih itu bermula dengan solat Isyak berjemaah hingga solat sunat witir dan doa ditetapkan sehingga jam 10 malam sahaja sebagaimana SOP.
“jika tidak sempurnakan 20 rakaat dalam tempoh masa yang ditetapkan, bakinya boleh ditunaikan di rumah masing-masing, ” ujarnya.
Rabu lalu kerajaan Pahang telah mengeluarkan garis panduan bagi solat sunat tarawih dan aktiviti masjid sepanjang Ramadan ini.
Bagaimanapun, beliau meminta agar imam masjid dan surau mengekalkan solat sunat tarawih seperti diputuskan
“Kita hanya galakkan, tetapi sekiranya ada jemaah yang hendak pulang ke rumah selepas lapan rakaat solat tarawih tidak mengapa. Jemaah masih boleh melakukan ibadah itu di rumah mereka masing-masing,” kata lagi.