13 APRIL : Pemerintahan Indonesia juga membenarkan umat Islam menunaikan solat tarawih di masjid, menerusi protokol kesihatan COVID-19 yang ketat, dan jumlah jemaah yang dihadkan (50 peratus daripada kapasiti masjid) sepanjang Ramadan ini.
Umat Islam Indonesia akan mula berpuasa pada esok hari setelah Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas, dalam sidang media menerusi webinar malam ini mengumumkan tarikh 1 Ramadan 1442 Hijrah adalah bersamaan 13 April 2021.
Pengumuman itu dibuat selepas persidangan Isbat (persidangan penentuan tarikh Ramadan) yang dilakukan menerusi sidang video antara pegawai-pegawai kementerian, Majlis Agama Islam Indonesia dan anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.