12 APRIL: Putera Harry tiba di United Kingdom (UK), semalam bagi menziarahi dan menghadiri majlis pengebumian datuknya Putera Philip yang mangkat Jumaat lalu.
Media tempatan melaporkan, Harry terus berangkat ke Istana Buckhingham sejurus tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Anak bongsu Putera Charles itu dijangka menghadiri majlis perpisahan Duke Of Edinburgh pada 17 April ini.
Kepulangan Putera Harry tidak disertai isterinya, Meghan Markle kerana dilaporkan sedang hamil dan dinasihatkan berada di AS.
Meghan pada Mac lalu, membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa beliau hampir membunuh diri akibat tindakan ahli keluarga suaminya.
Wanita itu turut mendakwa, keluarga diraja Britain bersikap perkauman dan berbohong.
Pendedahan itu dilakukannya bersama Putera Harry ketika temu bual secara eksklusif bersama Oprah Winfrey di saluran televisyen CBS