13 APRIL: Seramai 20 terkorban dan 14 cedera apabila sebuah bas tergelincir dan terbalik di Palo Seco, wilayah Sihuas, Peru, semalam.
Menurut kenyataan pihak berkuasa, kemalangan itu menyebabkan 18 meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua mati ketika dipindahkan.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan ketika bas milik syarikat pengangkutan Fama Tours SA tergelincir dan terbalik.
Bas itu dilapor dalam perjalanan pulang daripada kawasan Huanchayllo dan Parobamba menuju ke Chimbote serta Lima, selepas penumpang selesai mengundi dalam pilihan raya pada Ahad.
Pihak berkuasa pengangkutan Peru memaklumkan sudah mengaktifkan semua protokol intervensi untuk mengumpulkan maklumat berkaitan kemalangan itu bagi menentukan langkah sesuai.