13 APRIL : Hujan lebat yang berterusan sejak 4.30 pwtang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat yang mengakibatkan berlakunya kesesakan lalu lintas teruk di beberapa lokasi.
Antara laluan yang dilanda banjir kilat ialah di Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala bulatan Batu Caves; Jalan Cheras di Cheras Sentral ke bulatan Billion dan kedua-dua arah Jalan Maharajalela berhampiran Stesen Monorail Maharajalela dan Jalan Raja Chulan.
Beberapa kawasan di Ampang dan Cheras turut dinaiki air.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, berlaku takungan air di beberapa kawasan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, namun setakat ini pihaknya tidak menerima laporan kecemasan susulan kejadian banjir kilat itu.