13 APRIL: Kerajaan Negeri Selangor digesa agar menghormati keputusan dewan undangan negeri (DUN) untuk tidak menyahsenarai hutan simpan Kuala Langat Utara.
Presiden Sahabat Alam Malaysia, Meenakshi Raman berkata menyahwarta kawasan tersebut tidak seharusnya diperdebatkan kerana badan perundangan Selangor telah mengeluarkan usul untuk tidak mengusik hutan simpan.
“Tidak ada alasan untuk menunggu pandangan akademik sebelum membuat keputusan. Keputusannya adalah keputusan ahli politik, bukan akademik.
“Ahli majlis eksekutif Selangor harus melakukan perkara yang betul dan menghormati DUN serta desakan masyarakat dan masyarakat setempat memastikan hutan dilindungi dan diwartakan,” katanya, hari ini.
Semalam, ahli majlis eksekutif Selangor Hee Loy Sian semalam berkata penyelidikan dan perbincangan dengan ahli akademik dan pakar sedang dilakukan mengenai penyahwartaan hutan berkenaan yang kaya dengan spesies hidupan liar yang kaya serta menjadi kawasan penempatan orang Asli
Terdahulu , DUN Selangor pada 11 November tahun lalu meluluskan usul yang mendesak kerajaan negeri untuk melindungi dan memelihara hutan simpan yang diwartakan di negeri ini.
Smentara itu, pakar alam sekitar, Anthony Tan Kee Huat mempersoalkan kenyataan Loy San bagaimana penghijrahan haiwan akan berlaku sekiranya hutan simpan itu dinyahsenarai oleh kerajaan negeri.
Menurut beliau, kerajaan negeri harus menjelaskan jika akan ada kaedah tangkap dan lepas bagi memindahkan haiwan ke hutan lain.
“Akhirnya, siapa yang akan bertanggungjawab atas hal ini, kerajaan negeri atau mereka akan serahkan semula tanggungjawab kepada PERHILITAN dan Taman Negara?
“Siapa yang akan berkomunikasi dengan haiwan yang terkesan yang sepatutnya berhijrah ke hutan baharu yang ditetapkan? Dr Doolittle?” soalnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perlindungan Warisan Alam Malaysia (PEKA) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menegaskan perkembangan terbaru ini tidak mengejutkan kerana kerajaan negeri tidak mempedulikan isu hutan simpan.
Menurut beliau, kerajaan Selangor sering mengadakan sesi “townhall” untuk menyahwartakan hutan kekal sejak dulu lagi, dan selama bertahun-tahun ini tindakan itu jelas satu pembaziran.
“Terdapat satu sesi penerangan di Kuala Langat Utara pada awal tahun 2020, di mana agensi teknikal utama seperti PERHILITAN dan Taman Negeri Selangor tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.
“Alasan seperti penyiasatan awam, sesi penerangan harus dihentikan ia berkaitan hutan simpan kekal kerana ia mesti kekal sebagaimana keadaannya,” katanya.
Hutan simpan tanah gambut itu dianggarkan berusia sekitar 8,000 tahun dan pakar alam sekitar berkata penyahwartaan itu akan membahayakan pelbagai spesies haiwan seperti beruang matahari Malaya, tupai terbang pygmy Selangor dan ikan laga Langat.