14 APRIL : Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyatakan rakyat di negara ini sudah lama memahami corak perjuangan DAP.
Perkara itu diluahkan Annuar menerusi ciapan Twitternya yang menyatakan DAP perlu mencairkan kecinaannya demi mendapatkan sokongan Melayu jelas mencerminkan sifat sebenar parti DAP.
“Pengakuan pemimpin DAP tentang sifat DAP yang mereka perjuangkan telah lama rakyat fahami.
“Walau beberapa kerat (pemimpin) cuba menafinya, namun itulah hakikat dan realitinya,” katanya menerusi Twitternya miliknya, hari ini.
Namun, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan tidak memperincikan siapa pemimpin DAP yang disebut beliau.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew dalam satu program di Klang semalam memaklumkan parti itu tidak boleh dibataskan hanya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik mereka.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu, DAP perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu lain tetapi tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri sebagai parti bukan Cina.
Kenyataan Liu itu mendapat kecaman beberpa kepimpinan parti yang lain. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH