nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DPPM kecam tindakan majikan pukul pekerja kerana berpuasa

15 APRIL : Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mengajak rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini untuk sama-sama mengekang serta menghentikan perbuatan yang bertentangan dengan Rukun Negara.

Sambil mengecam tindakan seorang majikan memukul dua pekerja peribadinya hanya kerana berpuasa, Ketuanya, Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, perbuatan seumpama itu tidak sepatutnya berlaku lagi di abad ini.

“Saya amat dukacita di tahun 2021 ini, kita masih dapat mendengar kes laporan polis mengenai seorang majikan bukan muslim memaksa dan mengugut pekerjanya yang muslim untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan. 

“Tindakan majikan ini juga bertentangan dengan prinsip Rukun Negara serta Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya menjadi pegangan kepada setiap lapisan rakyat Malaysia. 

“Tindakan melaporkan kes ini kepada pihak PDRM adalah tindakan yang paling tepat dan saya berharap hukuman (sekiranya disabitkan kesalahan) dapat diberikan secara setimpal, ”katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, PN BBC Portal melaporkan dua pengawal keselamatan kelmarin mendakwa majikan mereka yang bukan beragama Islam memarahi, menampar, memukul dan mengacukan pistol kepada mereka.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, kedua-dua mangsa diperlakukan begitu apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya sama ada mereka melaksanakan ibadah terbabit atau tidak ketika berada di lobi Residensi One KL, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Hari ini, empat suspek yang disyaki terbabit memukul dua pengawal keselamatan peribadi itu hanya kerana berpuasa direman lima hingga tujuh hari, bermula hari ini.

Kesemua suspek itu terdiri daripada tiga pekerja kepada majikan pengawal keselamatan berkenaan, manakala seorang adalah pengawal peribadi yang berumur 38 sehingga 46 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Solehah Noratikah Ismail di Mahkamah Majistret Klang selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Khairil Nizam yang juga Ahli Dewan Negara memberitahu sekiranya masih ada yang mengamalkan budaya sentimen agama serta kaum yang sempit serta rendah akal budi seperti itu, rakyat akan hidup dalam keadaan huru hara dan tidak tenteram.

“Islam mengajar umatnya untuk saling mengenali, menghormati dan lengkap-melengkapi meskipun berbeza latar belakang agama serta bangsa.

“Saya berharap masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dapat sama-sama kita mengekang dan menghentikan perkara ini daripada berlaku sekali lagi,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.