16 APRIL : Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ditemui mati dipercayai menggantung diri di rumahnya di Flat Temenggong, Kulai petang semalam.
Pihak polis telah menerima satu panggilan daripada seorang lelaki mengenai kejadian tersebut pada kira-kira jam 3.30 petang, menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow,
Katanya lagi, selepas menerima laporan berhubung kejadian, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kulai bergegas ke rumah terbabit dan mendapati kanak-kanak tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.