nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPM akan ambil tindakan isu aktiviti kokurikulum ikut kaum

17 APRIL : Tindakan segera dan sewajarnya telah diambil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap sebuah sekolah menengah di Johor, yang dikatakan menetapkan syarat sesetengah aktiviti kokurikulum kepada pelajar Tingkatan Satu termasuk sukan, terbuka untuk satu kaum sahaja.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menyatakan, panduan yang dikeluarkan sekolah itu bertentangan dengan matlamat dan asas pelaksanaan program sukan di sekolah.

“Apabila melihat panduan tersebut, terlintas dalam fikiran, “Aduh, kenapa perlu sedemikian? Biarlah anak-anak kita main bersama tanpa mengira siapa mereka!” 

“ Kita tahu bahawa sukan adalah satu medium pengukuhan perpaduan yang amat berkesan. Dalam bersukan, semua ahli pasukan akan berikhtiar sehabis baik untuk memperoleh kemenangan.

“Tentunya tidak pernah terlintas di benak fikiran mereka. Sebab itulah sukan merupakan wadah yang dapat mewujudkan satu semangat kebersamaan yang jitu,” katanya menerusi satu hantaram di Facebook miliknya, hari ini. 

Terdahulu, seorang pengguna Twitter mempersoalkan tindakan sekolah menengah di Batu Pahat, Johor itu dan memuat naik gambar sekeping surat, yang mengandungi senarai kelab dan persatuan serta sukan yang didakwa terbuka untuk satu kaum sahaja.

Senarai itu antara lain menyatakan kelab Bahasa Cina hanya terbuka untuk pelajar kaum Cina, bola sepak (Melayu), bola keranjang (Cina), ping pong (Cina), bola jaring (Melayu) dan sepak takraw (Melayu).

Sementara itu, Radzi memberitahu bukan sahaja pasukan malahan penyokong juga memberi sokongan tanpa mengira kaum dengan penuh semangat patriotik bangkit menyokong sepenuh jiwa.

“Lupakah kita kehebatan pasukan bola sepak negara yang layak ke Sukan Olimpik 1972 dan 1980? Masih ingatkah kita kecemerlangan pasukan hoki kebangsaan yang menduduki tempat ke empat Piala Dunia 1975? 

“Bukankah kita bangun bersorak apabila pasukan badminton negara yang menjuarai Piala Thomas 1992? Kejayaan besar negara di peringkat antarabangsa ini dibentuk atas semangat perpaduan utuh satu pasukan. 

“Kegembiraan disambut seluruh rakyat dengan linangan air mata tanpa mengira siapakah ahli pasukan negara,”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.