nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan harga ayam, ikan, daging naik tak benar – KPDNHEP

18 APR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan dakwaan kononnya berlaku peningkatan harga barang keperluan terutama ayam, ikan dan daging di pasaran tempatan termasuk di ibu negara seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata semakan terhadap dakwaan mengenai isu yang tular di Facebook berkaitan paparan harga ikan, ayam dan daging lembu yang dikatakan tinggi di sekitar Kuala Lumpur yang dikatakan tinggi didapati kurang tepat.

Malah, Alexander menegaskan siasatan KPDNHEP mendapati perkara berkenaan tidak menggambarkan situasi sebenar kerana maklumat yang ditularkan tidak menerangkan harga di semua tempat.

“Paparan yang tular itu hanya membabitkan harga tiga barang iaitu ikan kembung, ayam dan daging di premis-premis sekitar di daerah ‘up-market’ Bukit Bintang sahaja.

“Semakan mendapati terdapat premis lain di kawasan berdekatan yang menjual tiga barang berkenaan pada harga lebih murah daripada yang dinyatakan dalam hantaran Facebook tersebut.

“Untuk rekod, berikut adalah harga tiga barang yang ditularkan sebelum ini (di Bukit Bintang) ialah ikan kembung (antara 8 hingga 12 ekor sekilogram (kg))  sehingga RM24 sekg; harga ayam bersih super setinggi RM12 sekilo, manakala harga daging lembu tempatan (bahagian 2 daging pejal kecuali batang pinang) mencecah RM40 sekilo,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Alexander menjelaskan maklumat Price Catcher sepenuhnya berdasarkan semakan harga terkini pada 17 April 2021 mendapati harga ikan Kembung (antara 8 hingga 12 ekor sekilo) menunjukkan harga yang lebih rendah daripada RM22 per kilogram.

Sebagai contoh, beliau berkata di Pasar Air Panas, RM 18.00; The Store, Taman Melati dan ST Rosyam Mart (RM 17.90); malah terdapat juga harga promosi/lebih murah RM 8.90 ditawarkan di pasar raya seperti di NSK Jalan Peel.

“Harga Ayam Super (1kg) ada dijual pada harga kurang daripada RM10, contohnya di Cold Storage, KLCC (RM8.99); Hero Market, Berjaya Time Square (RM9.19) dan AEON(AU2) di Setiawangsa (RM8.30).

“Harga daging lembu tempatan bahagian 2 daging pejal 1kg, aplikasi Price Catcher di kawasan sekitar iaitu di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Kuala Lumpur menjual daging ini pada harga RM35,” katanya.

Beliau berkata paparan harga Aplikasi PriceCatcher disusun mengikut premis dan lokasi serta harga daripada terendah kepada tertinggi bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk membandingkan harga yang ditawarkan oleh semua premis yang berdekatan dengan lokasi pengguna, sekali gus membantu mereka merancang perbelanjaan dengan lebih bijak.

“Oleh itu, adalah kurang tepat untuk membuat rumusan harga hanya berdasarkan satu premis tertentu sahaja. Dalam dunia yang penuh dengan pilihan, aplikasi Price Catcher memberikan opsyen kepada pengguna untuk memilih dan seterusnya menjadi pengguna bermaklumat, peka dengan hak dan bijak memilih serta berani bertindak kendiri demi mempertahankan hak pengguna.

“Kesimpulannya, KPDNHEP konsisten menetapkan strategi penguatkuasaan yang holistik bagi memastikan pematuhan aktiviti perniagaan yang beretika dan memastikan rakyat berada dalam suasana yang selesa dan mudah mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian termasuk ayam, daging dan ikan pada harga yang berpatutan sepanjang bulan puasa dan ketika sambutan Aidilfitri,” katanya.

Dalam pada itu, Alexander berkata KPDNHEP juga melancarkan Ops Pantau mulai 13 April 2021 bagi harga barang keperluan harian yang dijual di bazar ramadan, bazar hari  raya, pasar awam, pasar basah, hypermarket, supermarket, mini market dan kedai runcit di seluruh negara dengan tumpuan diberikan ke atas peniaga ayam, daging dan ikan.

Beliau berkata sehingga 16 April 2021, sejumlah 5,768 premis telah diperiksa di seluruh negara dengan 27 kes telah direkodkan atas pelbagai kesalahan.

“Susulan beberapa kes kenaikan harga ayam yang dikesan barubaru ini, KPDNHEP turut melaksanakan OPS CATUT 8.0 (Ayam) yang telah bermula pada 15 April 2021. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 24 notis telah dikeluarkan kepada pemborong, 16 notis kepada penternak yang disyaki mencatut,” katanya.

Tambah, Alexander hasil Analisa awal juga mendapati bahawa harga makanan ternakan yang terdiri dari soya dan jagung yang kebanyakannya diimport dari negara Argentina dan Brazil telah merekodkan kenaikan dan ini telah menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.

“KPDNHEP menerima 15 aduan berkaitan harga ayam, daging (1) ikan (15) dan sayur (2) di seluruh negara sejak puasa bermula. Manakala tiada aduan diterima berkaitan kekurangan bekalan ke atas kesemua barangan di atas,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.