nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCA enggan campur tangan krisis dalaman UMNO

 18 APRIL: MCA enggan ambil pusing isu wujud gerakan didalangi pemimpin tertentu dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) mahu menubuhkan UMNO 3.0.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata bagi MCA hanya ada satu parti UMNO dan mereka adalah sebahagian daripada gabungan dalam keluarga besar BN.

“Saya tidak faham apa maksudnya 3.0, bagi MCA hanya ada satu sahaja UMNO. Jadi saya tidak mahu membuang masa (mengulas berhubung perkara itu) kerana MCA, MIC dan UMNO adalah adik-beradik bersama dengan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), kita adalah satu keluarga.

“Apa yang saya tahu, MCA, MIC dan UMNO merupakan gabungan parti politik pertama dalam negara, jadi kita mempunyai tanggungjawab untuk bekerja demi rakyat, ini keutamaan kita,” katanya sebagai mengulas arah tuju kerjasama MCA dengan UMNO ekoran desas-desus wujudnya UMNO 3.0.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Johor di Ibu Pejabat MCA Johor hari ini.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata MCA masih mengambil sikap ‘mengunci mulut’ berhubung soal pengagihan kerusi bersama parti komponennya dalam BN.

Ka Siong berkata, adalah terlalu awal untuk hal tersebut dibangkitkan dan hanya akan membincangkannya apabila sampai masa bersama dengan pucuk pimpinan.

“Bagi saya terlalu awal, yang penting buat kerja di kawasan masing-masing dahulu, kita tidak mahu jadi bidan terjun hanya berada di kawasan menjelang atau sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja. Ini tidak dialu-alukan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, MCA perlu mempunyai gerak kerja yang kukuh dalam mendampingi rakyat memandangkan terdapat banyak isu yang harus diberi perhatian termasuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

“Sementara itu di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM), ahli parti telah diminta untuk bekerjasama dengan rakan komponen BN dalam mengatur gerak kerja bagi menyantuni masyarakat.

“Pada ketika ini kita sepatutnya tunjuk keprihatinan kerana ada rakyat hidup susah. Kita perlu hulur bantuan dengan menggunakan jaringan yang ada,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.